9 Cara Pencerah Kulit Semulajadi
Kaedah 1 dari 3: Menggunakan Pemutih Kulit Semula Jadi
Cara 1: Sapukan larutan jus lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
- Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
- Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.
- Berhati-hati jika anda ingin menyapu sebarang jenis jus sitrus pada muka anda. Fitofotodermatitis boleh disebabkan oleh tindak balas di antara cahaya UV dan bahan kimia yang memfotosintesis yang didapati dalam buah sitrus. Walaupun anda boleh menggunakan jus lemon pada kulit anda, anda perlu bersihkan jus tersebut secukupnya sebelum keluar dan berada di bawah cahaya matahari.
Cara 2: Cuba rendaman susu lemon
Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas. Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab. Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih.
- Susu dalam rendaman ini mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga melembapkan kulit, mengimbangi ciri-ciri pengering kulit pada jus lemon.
- Cubalah rendaman susu sekali seminggu dan anda boleh melihat hasilnya selepas lebih kurang satu bulan.
Cara 3: Buat masker madu dan yogurt
Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Bersama, kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
- Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula. Yogurt yang bergula atau berperisa akan menjadi terlalu melekit.
- Sebagai ganti madu, cuba lenyek avocado atau gunakan aloe. Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.
Cara 4: Cuba pes pemutih
Untuk kebaikan yang lebih pekat, cuba buat pes yang pekat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang membantu memutihkan kulit. Sapukan pes pada muka anda yang baru dibersihkan, biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Di sini disediakan dua resepi untuk pes pemutih semula jadi:
- Pes tepung kacang kuda. Tuang ¼ cawan tepung kacang kuda ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat.
- Pes kunyit. Tuang 1 sudu besar kunyit ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat.
Kaedah 2 dari 3: Menukar Tabiat untuk Kulit Lebih Cerah
Cara 5: Lakukan pengelupasan kulit
Timbunan sel kulit mati di permukaan kulit anda boleh membuat kulit anda kelihatan sedikit kusam. Untuk mencerahkan kulit anda, adalah penting untuk sering melakukan pengelupasan. Satu cara bagus untuk mengelupas kulit adalah dengan menggunakan skrub tubuh yang terdiri daripada gula atau garam. Semasa mandi, basahkan kulit anda dan gosokkan skrub dengan gerakan lembut secara membulat ke seluruh tubuh anda. Dengan cara ini, anda boleh ‘menggilap’ kulit anda sehingga ia ‘bersinar’ sihat.
- Untuk mengelupas kulit anda, gunakan skrub muka yang lebih lembut. Oatmil atau badam kisar mempunyai ciri-ciri pengelupasan yang baik yang tidak akanmerosakkan kulit muka anda yang lembut.
- Menggunakan berus kering untuk menyapu sel kulit mati daripada tubuh anda juga satu lagi kaedah pengelupasan yang bagus. Cari berus yang diperbuat daripada serat semula jadi dan beruskan tubuh anda sebelum anda mandi.
Cara 6: Pastikan kulit sentiasa lembap
Memastikan kulit anda sentiasa lembap akan mencegah sel kulit mati daripada bertimbun dan bersalin dengan cepat. Untuk kulit yang lebih cerah, gunakan pelembap harian selepas anda selesai mandi. Pilih pelembap berkrim yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.
- Minyak kelapa ialah satu lagi pelembap yang bagus yang mengekalkan kulit kelihatan berseri dan muda remaja. Sapukan minyak kelapa pada lengan dan kaki selepas selesai mandi. Tunggu selama sepuluh minit untuk ia menyerap ke dalam kulit sebelum anda memakai pakaian anda.
- Minyak jojoba juga mempunyai ciri-ciri pelembapan dan bagus untuk kulit. Minyak zaitun atau minyak badam juga boleh memberikan hasil yang baik.
Cara 7: Hadkan pendedahan anda kepada cahaya matahari
Adalah sukar untuk mengelak daripada berada di bawah cahaya matahari setiap hari tetapi pendedahan kepada matahari akan menggelapkan kulit. Namun begitu, anda tidak perlu berkurung di dalam rumah — hanya luangkan sedikit masa menyediakan kulit anda untuk terdedah kepada matahari sebelum anda keluar pada hari tersebut. Untuk mengelakkan kulit anda menjadi terlalu gelap, ambil langkah-langkah berikut:
- Gunakan krim pelindung matahari dengan SPF yang tinggi. SPF 30 atau lebih adalah yang terbaik kerana pelindung matahari dengan SPF lebih rendah masih membenarkan sinaran matahari untuk menggelapkan kulit anda. Sapu semula krim pelindung matahari sepanjang hari apabila perlu..
- Pakai topi bertepi lebar. Ini akan menghadang cahaya matahari daripada mengenai muka, leher dan bahu anda..
- Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang. Dalam musim panas, pilih fabrik yang sejuk dan mudah dikibas-kibas supaya anda tidak akan merasa terlalu panas.
- Berhati-hati untuk tidak mengelak daripada cahaya matahari sama sekali. Tubuh anda bergantung kepada sedikit pendedahan kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan lain-lain fungsi penting.
Kaedah 3 dari 3: Mengetahui Apa Yang Perlu Dielakkan
Cara 8: Jangan sesekali menggunakan peluntur atau lain-lain bahan kimia berbahaya ke atas kulit anda
Terdapat beberapa mitos berbahaya disebarkan berkenaan penggunaan peluntur, ammonia dan lain-lain produk pencuci rumah ke atas kulit anda untuk cuba memutihkannya. Bahan-bahan kimia ini adalah amat berbahaya kepada kulit dan boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang. Kulit yang rosak sebenarnya kelihatan lebih gelap, oleh itu menggunakan bahan-bahan kimia ini akan menghasilkan perkara yang bertentangan daripada apa yang anda mahukan. Jauhi bahan-bahan ini.
Cara 9: Jangan terpedaya dengan standard kecantikan palsu
Walau apapun warna kulit anda, ia adalah cantik dengan keadaannya yang asal. Tidak mengapa untuk menggunakan bahan-bahan yang selamat seperti jus lemon untuk memutihkan sedikit kulit anda tetapi jangan cuba untuk menukar sama sekali warna kulit anda daripada keadaan asalnya. Terimalah diri anda seadanya dan jangan cuba untuk memiliki warna kulit yang lain. Jika anda dilahirkan dengan kulit yang gelap, terimalah kecantikan anda dan jangan biarkan sesiapapun memberitahu anda untuk berubah.
- Ramai wanita di seluruh dunia yang berpegang kepada standard kecantikan yang menghargai kulit cerah daripada kulit lebih gelap. Ramai pula wanita lain yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat kulit yang lebih gelap, membayar untuk katil menggelapkan kulit dan mengambil risiko mendapat barah kulit untuk mendapat beberapa tahap kulit lebih gelap. Tidak masuk akal, bukan begitu?
- Dalam soal mendapat kulit yang cantik, perkara yang paling penting yang boleh anda buat ialah mengekalkan kulit sihat. Kulit ialah organ tubuh yang paling besar dan ia berhak mendapat penjagaan yang paling teliti. Makan dengan betul, pastikan tubuh kekal terhidrat dan kelupaskan dan lembapkan kulit anda agar kelihatan bertenaga dan sihat.
Petua
- Anda juga boleh sapukan puri tomato pada muka anda dan biarkan selama 20 minit.
- Jangan elakkan cahaya matahari sama sekali. Cahaya matahari mempunyai gelombang ultra ungu yang berbahaya tetapi ia juga membantu tubuh membuat Vitamin D.
- Menyapu campuran ini setiap selang satu malam boleh memutihkan warna kulit anda dengan mendadak sekali. Jangan lupa untuk melindungi kulit anda secukupnya daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung pada waktu siang bagi mengelakkan kulit menjadi lebih gelap.
- Minum banyak air! Pakai krim penghadang matahari.
- Sapukan pes cuka sider epal dan tepung gandum dua kali seminggu. Ia pastinya akan membantu memutihkan kulit anda.
0 comments